Kesemua Permainan Jak and Daxter Akan Hadir Pada PlayStation 4 Akhir Tahun Ini

Kesemua Permainan Jak and Daxter Akan Hadir Pada PlayStation 4 Akhir Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Jak and Daxter ialah siri permainan yang dihasilkan oleh Naughty Dog selepas kejayaan mereka menghasilkan Crash Bandicoot. Siri Jak and Daxter tidak lagi dihasilkan selepas Naughty Dog sekali lagi berubah genre dan menghasilkan siri Uncharted. Kepada peminat permainan klasik PlayStation 2 ini, akan boleh memainkannya semula apabila ia hadir ke konsol PlayStation 4.

Kesemua permainan Jak and Daxter iaitu Jak and Daxter: The Precursor Legacy, Jak II, Jak 3 dan Jak X: Combat Racing akan boleh dimainkan di PlayStation 4 pada penghujung tahun ini. Terdapat sokongan Trophy, SharePlay, RemotePlay dan grafik 1080P untuk kesemua permainan. Ini bukanlah versi dengan grafik diberikan nafas baru seperti Crash Bandicoot Trilogy Remastered.

Koleksi ini hanya akan ditawarkan menerusi PlayStation Store. Kami hanya berharap tidak akan ada halangan untuk pemilik akaun PlayStation Asia untuk memuat turunnya kelak.


TIPS & ULASAN