Google Mengumumkan PAX – Kerjasama Dengan Pengeluar Android Untuk Berkongsi Paten

Google Mengumumkan PAX – Kerjasama Dengan Pengeluar Android Untuk Berkongsi Paten

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Salah satu masalah yang sering menghantui pengeluar Android adalah masalah saman disebabkan paten yang dipegang oleh pengeluar berbeza. Kini, untuk mengatasinya, pihak Google mengumumkan PAX, iaitu salah satu kerjasama bersama pelbagai pengeluar Android lain untuk berkongsi paten antara satu sama lain.

Kerjasama ini melibatkan pelbagai pengeluar, termasuk antaranya adalah Samsung, LG dan juga HTC untuk berkongsi paten yang melibatkan peranti Android dan berkaitan dengannya.

Perkongsian paten ini dilakukan secara percuma antara satu sama lain, tetapi ia tidak dinyatakan jenis paten dan apa yang terlibat. Apa pun, ia akan menguntungkan pengeluar Android, terutamanya syarikat besar seperti Google dan Samsung untuk terus mengukuhkan kedudukan satu sama lain dalam arena pengeluaran peranti Android – serta pada masa yang sama mengurangkan masalah saman toyol paten.


TIPS & ULASAN