Konami Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Saman Diego Maradona

Konami Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Saman Diego Maradona

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Hujung minggu lalu kami melaporkan legenda bola sepak dunia Diego Maradona akan menyaman pihak Konami. Tindakan ini akan diambil beliau kerana wajah beliau didakwa digunakan tanpa kebenaran di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2017.

Pihak Konami akhirnya memberikan kenyataan rasmi mengenai kes ini. Mereka menegaskan pihak mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana mereka mempunyai hak menggunakan wajah Maradona mengikut persetujuan pelesenan yang telah ditandatangani. Tidak seperti FIFA, PES tidak menggunakan nama sebenar pemain dan kelab secara menyeluruh. Maradona pernah muncul di dalam versi terdahulu tetapi dengan nama samaran Malgani.


TIPS & ULASAN