Daedalus – Sistem Apungan Seumpama Adiwira Iron Man Dihasilkan

Daedalus – Sistem Apungan Seumpama Adiwira Iron Man Dihasilkan

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Tony Stark ialah seorang hartawan fiksyen yang mempunyai kepakaran di dalam bidang kejuruteraan. Beliau tidak mempunyai kuasa luar biasa seperti adiwira Superman dan Spider Man. Tetapi dengan menggunakan kepintaran yang dianugerahkan ilahi, beliau menjadi adiwira berbaju zirah Iron Man yang mampu terbang.

Baju zirah Iron Man mungkin fiksyen tetapi teknologi apungan seakannya kini sudah berjaya dihasilkan. Daedalus ialah sebuah mesin yang membenarkan pemakainya terapung dengan sistem tujahan dipasang pada lengan pemakai. Ia dicipta oleh Gravity Industries yang berpangkalan di United Kingdom. Enjin jet untuk kapal terbang kawalan jauh diubah suai bagi menghasilkan Daedalus. Ia masih diperingkat percubaan dan seperti di dalam filem Iron Man, amat sukar dikawal.


TIPS & ULASAN