Shopify Kini Menawarkan Gambar Profesional Percuma Untuk Laman E-Dagang Anda

Shopify Kini Menawarkan Gambar Profesional Percuma Untuk Laman E-Dagang Anda

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Shopify merupakan salah satu laman yang memudahkan pengguna membuka laman e-dagang dan memulakan penjualan barangan dan perkhidmatan. Terkini, dalam usaha lebih memudahkan proses berkenaan, mereka juga turut telah melancarkan sebuah laman penawaran gambar percuma, dinamakan Burst.

Burst berfungsi sama seperti pelbagai laman gambar percuma lain, dimana ia menawarkan pelbagai gambar yang khusus untuk e-dagang dibawah lesen Creative Commons Zero. Dibawah lesen ini, pengguna boleh menggunakan pelbagai gambar yang ditawarkan untuk tujuan peribadi atau komersial tanpa membuat sebarang pembayaran.

Seperti biasa, melalui penawaran gambar percuma juga, pihak Shopify mengiklankan perkhidmatan mereka dengan menyediakan beberapa kedai e-dagang yang boleh dibuka oleh anda melalui platform Shopify.

Layari : Burst


TIPS & ULASAN