Carian
Intel Security Kini Dikenali Sebagai McAfee Kembali
April 5, 2017 Aman

Intel pada tahun 2010 yang lepas, telah mengambil-alih salah satu syarikat sekuriti terkemuka, iaitu McAfee. Ia kemudiannya mula diintegrasikan pada produk Intel, selain turut dijenamakan kepada Intel Security.

McAfee

Hari ini, Intel membuat perubahan kepada syarikat berkenaan, dimana ia dijenamakan semula kepada McAfee, dan ia kini diasingkan sebagai syarikat berasingan. Melalui perubahan ini, Intel kini tidak lagi memegang pegangan majoriti pada syarikat berkenaan, sebaliknya hanya 49% pegangan. Bakinya diambil oleh firma pengurusan aset, TPG.

Dengan pengasingan ini, ia akan memberikan ruangan untuk McAfee terus memperkembangkan perkhidmatan dan penawaran mereka – dan tidak lagi terikat dengan hanya sekuriti dan keselamatan berkaitan cip pemprosesan sahaja.

Mungkinkah dengan perubahan ini, kita akan melihat kembali nama McAfee menjadi sebutan ramai, dan tidak dilupakan seperti sebelumnya?

Komen