Cari @ Amanz

Google Play Games Services merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Google dalam usaha membolehkan para pembangun mengintegrasikannya, dan memudahkan pengguna untuk menyimpan data permainan, menyemak skor bersama rakan, dan beberapa perkara lain. Hari ini, Google mengumumkan beberapa perubahan yang akan dibawakan oleh Google Play Games.

Salah satu perkara yang dibawa adalah dimana Google Play Games Services akan menamatkan sokongan untuk platform iOS – iaitu pada iPhone dan iPad. Perkara ini dilakukan kerana angka penggunaan yang rendah pada platform berkenaan.

Google Play Games Services telah menamatkan sokongan pendaftaran akaun baru pada iOS sejak bulan Disember lepas, dan kini mereka akan menamatkan sokongan untuk iOS SDK. Perkara ini akan membuatkan para pembangun tidak lagi akan dapat mengintegrasikan ia pada aplikasi atau permainan mereka – dan secara tidak langsung akan menghentikan penggunaan di platform berkenaan.

Disamping itu, Google juga akan menamatkan beberapa ciri-ciri untuk platform berkenaan di Android, iaitu ciri Gifts, Quest dan Request. Walaubagaimanapun, ciri ini hanya akan ditamatkan pada 31 Mac 2018 kelak, iaitu sekitar setahun lagi dari sekarang.

Bagi anda yang menggunakan Android atau iOS, adakah anda aktif menggunakan GPGS ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd