Carian
Komputer Riba MacBook Menyumbang Kepada Lapan Puluh Peratus Jualan Komputer Mac
April 5, 2017 Effi Saharudin

Sejauh manakah kepopularan komputer riba MacBook dikalangan peminat Apple? Ianya terjawab hari ini menerusi temubual Apple bersama dengan TechCrunch. Paul Schiller yang merupakan naib presiden bahagian produk mendedahkan 80% jualan komputer Mac tahun lalu adalah komputer riba MacBook.

macOS SierraJualan dari MacPro dan iMac pula menyumbang baki 20%. Beliau turut mendedahkan terdapat 100 Juta pengguna Mac. Sebagai perbandingan Microsoft mendakwa terdapat lebih dari 1 Billion komputer menggunakan Windows dan 400 Juta menggunakan Windows 10. Jualan MacBook Pro meningkat 20% berbanding tahun lalu sungguhpun menerima reaksi negatif dari pengguna kerana penggunaan USB-C dan papan kekunci Butterfly yang dikatakan kurang selesa digunakan.

Komen