Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Western Digital baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mengemaskini barisan storan digital WD Purple mereka, dengan memperkenalkan storan sebesar 10 Terabyte yang akan digunakan untuk menstrim dan menyimpan data khusus untuk sistem pengawasan digital.

Cakera keras WD Purple ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik yang membenarkan pengguna untuk bukan sahaja memasang CCTV mereka untuk 24 jam seminggu, malah ia juga mampu menyokong dan menampung fail bersaiz besar untuk rakaman video 4K.

Ciri-ciri ini termasuklah:

  • Allframe 4K – Teknologi ini membantu mengurangkan kadar kehilangan video-frame apabila ia disimpan di dalam cakera keras WD Purple. Ia juga dapat mengurangkan kadar pixelation pada video yang disimpan
  • HelioSeal Technology – HelioSeal membantu mengurangkan kadar penggunaan elektrik, disamping menambah jumlah storan yang dapat digunakan dalam sebuah cakera keras,.

Dalam pada itu, cakera keras WD Purple 10TB ini boleh digunakan dalam pelbagai konfigurasi storan, tidak kira untuk operasi kecil ataupun besar. Western Digital juga menyatakan bahawa cakera keras tersebut mempunyai nilai beban kerja 180TB setahun, dan mempunyai waranti selama tiga tahun.

Bagi mereka yang berangan-angan mahukan storan 10TB ini, Western Digital Malaysia baru sahaja mengatakan bahawa mereka akan membawa masuk dan mula menjual cakera keras WD Purple ini pada pertengahan bulan April ini pada harga RM2099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd