Huawei P10 Dan P10 Plus Secara Rasmi Disokong Sistem Panggilan VoLTE Digi

Huawei P10 Dan P10 Plus Secara Rasmi Disokong Sistem Panggilan VoLTE Digi

Diterbitkan pada Apr 5, 2017 oleh .

Sistem panggilan Voice over LTE (VoLTE) memberikan kualiti suara yang lebih jelas dan terang. Suara pemanggil kedengaran seperti bercakap di hadapan wajah dan tidak lagi tenggelam seperti kebiasaannya. Digi telah memberikan sokongan VoLTE sejak Oktober tahun lalu tetapi hanya diberikan kepada pemilik iPhone 7, 6S, 6 dan SE.

Digi VoLTE

Hari ini mereka secara rasmi memberikan sokongan VoLTE kepada dua lagi peranti iaitu Huawei P10 dan P10 Plus. Ini menjadikannya peranti kedua dan ketiga Huawei yang disokong secara rasmi selepas Mate 9. Konfigurasi VoLTE akan dilakukan secara automatik apabila menggunakan peranti yang disokong.


TIPS & ULASAN