Shield AI – Dron Yang Dibangunkan Kearah Kecederaan Sifar Di Kalangan Anggota Tentera Dan Orang Awam

Shield AI – Dron Yang Dibangunkan Kearah Kecederaan Sifar Di Kalangan Anggota Tentera Dan Orang Awam

Diterbitkan pada Apr 5, 2017 oleh .

Dron digunakan di dalam operasi ketenteraan secara meluas sekarang. Ia digunakan untuk intipan kawasan yang dikawal musuh dan juga mampu melakukan serangan misil apabila diperlukan. Tetapi perang tidak boleh dimenangi oleh dron semata-mata. Tentera infantri masih diperlukan bagi memastikan kawasan bebas dari musuh.

Dron Shield AI ialah dron yang direka khas untuk kegunaan tentera pasukan khas Amerika Syarikat. Ia sebuah dron pengintip yang boleh melakukan tinjauan di dalam bangunan sebelum serangan dilakukan. Sistem kecerdasan buatan Shield AI membolehkannya terbang di dalam bangunan secara automatik. Pembangunan dron ini dimulakan pada tahun 2015 dan kini ia sedang diuji di lapangan sebenar oleh pasukan khas SEAL.

Pihak pembangun Shield AI berharap dengan adanya dron seperti ini kadar kecederaan serta kematian dikalangan orang awam dan anggota tentera akan turun kepada sifar menjelang 2030. Tiada lagi masalah serang hendap atau orang awam terkorban ketika operasi dijalankan.


TIPS & ULASAN