Cari @ Amanz

Program mengelat seperti Aimbot membuatkan permainan atas talian tidak lagi menyeronokkan. Kepakaran tidak diperlukan untuk menang dan menimbulkan kemarahan pemain yang menjadi mangsa. Bossland ialah syarikat yang membangunkan pelbagai program mengelat serta Bot untuk permainan World of Warcraft, Diablo 3, Heroes of the Storm, Hearthstone dan Overwatch. Mereka diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah $8.5 Juta (~RM 37.6 Juta) kepada Blizzard oleh mahkamah di California.

Menurut mahkamah, penggunaan program mengelat dan bot menyebabkan ramai pemain berhenti memainkan permainan komputer yang dihasilkan oleh Blizzard. Oleh itu Bossland berhak disaman kerana menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Blizzard. Mereka juga tidak lagi dibenarkan menjual program mengelat dan bot di Amerika Syarikat. Janganlah mengelat ketika bermain di atas talian. Bak kata pepatah dari pemain siri Dark Souls, “Git Gud”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd