Cari @ Amanz

Kewujudan Honor 8 Pro tertiris seminggu yang lalu menerusi laman rasmi Honor Russia. Peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini dan merupakan sebuah Honor V9 yang dijenamakan semula.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ QHD, pemproses HiSilicon Kirin 960, RAM 6 GB dan storan 64 GB. Dwi-kamera utama 12 + 12 Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 8-Megapixel f/2.0. Kamera utama mampu merakam pada resolusi 4K. Peranti ini menggunakan Android Nougat dan akhir sekali dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh.

Harga jualannya di Eropah ialah £ 474 (~RM 2619). Ini menjadikannya sebagai alternatif kepada Huawei P10 Plus yang dijual di Malaysia pada harga RM 3099. Peranti ini sebenarnya telah kami lihat sendiri di Malaysia dua minggu yang lalu. Dari pengalaman menggunakannya selama beberapa minit, ia mempunyai kemasan yang premium seperti Honor 8 dengan spesifikasi lebih mantap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd