Aplikasi Telegram Desktop Kini Ditawarkan Melalui Windows Store

Aplikasi Telegram Desktop Kini Ditawarkan Melalui Windows Store

Diterbitkan pada Apr 5, 2017 oleh .

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang mempunyai penggunanya tersendiri – menawarkan penawaran alternatif untuk WhatsApp. Kini, selain memperkenalkan sokongan panggilan audio untuk pengguna di Malaysia, Telegram juga telah menerbitkan aplikasi mereka secara rasminya di Windows Store.

Aplikasi Telegram di Windows Store ini menawarkan ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti perisian desktop mereka, iaitu termasuk penawaran sokongan permesejan, storan awan untuk sync antara peranti, kebolehan permesejan berkumpulan, dan sebagainya.

Telegram Desktop

Ciri tambahan yang dibawakan adalah kebolehan kemaskini automatik melalui Windows Store – dan mungkin kita turut akan melihat Telegram mengintegrasikan ia bersama beberapa ciri-ciri Windows lain seperti penggunaan Live Tiles dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat dan menggunakan Windows 10, anda boleh memuat-turun aplikasi Telegram Desktop ini dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun Telegram Desktop untuk Windows


TIPS & ULASAN