Aladdin Street Ingin Mengumpulkan Dana $50 Juta Untuk Memperluaskan Perkhidmatan

Aladdin Street Ingin Mengumpulkan Dana $50 Juta Untuk Memperluaskan Perkhidmatan

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Ingatkah lagi dengan laman e-dagang memfokuskan produk halal yang telah dimulakan oleh angkasawan negara? Dikenali dengan nama AladdinStreet, ia nampaknya semakin berkembang dari hari ke hari secara posituf, dan telah mengumpulkan dana sehingga $5 juta buat masa ini.

Untuk bergerak ke hadapan, AladdinStreet menyasarkan untuk mengumpulkan suntikan dana sehingga $50 juta dalam tempoh enam bulan akan datang dalam usaha untuk membolehkan mereka memasarkan dan memperluaskan ia ke pelbagai pasaran baru.

AladdinStreet dikatakan menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan mereka di lebih 40 buah negara. Buat masa ini, mereka sedia beroperasi di Malaysia, Singapura, dan beberapa negara lain. Malah, mereka juga turut telah menandatangani perjanjian bersama pasukan bola sepak Manchester United sebagai rakan kerjasama online-marketplace global.

Arena e-dagang sendiri boleh dikatakan salah satu arena yang kompetitif dan memperlihatkan beberapa syarikat dengan akses kepada dana kewangan yang tinggi – termasuk seperti Amazon dan Alibaba. Mungkin dengan perkembangan positif ini, kita mungkin akan turut melihat AladdinStreet turut menjadi salah satu sebutan ramai – apatah lagi dengan industri pasaran halal sendiri yang mempunyai permintaan tinggi diseluruh dunia.


TIPS & ULASAN