Carian
Syarikat Disebalik Adblock Plus Mengambil-Alih Platform Pembayaran Flattr
April 6, 2017 Aman

Syarikat disebalik pemalam popular, Adblock Plus hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan pembayaran mikro, iaitu Flattr.

Bagi yang tidak mengenali akan Flattr, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menetapkan bajet bulanan mereka untuk disumbang kepada penerbit kandungan, dan ia dibahagikan mengikut pelayaran web anda.

Flattr

Dengan pengambil-alihan oleh Eyeo, kini mereka boleh mengintegrasikan produk Adblock Plus dan Flattr antara satu sama lain, dan mencapai objektif yang lebih kurang sama – iaitu mengurangkan pengiklanan tanpa merugikan penerbit kandungan.

Harga pengambil-alihan tidak diketahui buat masa ini, tetapi ia dikatakan Flattr akan terus beroperasi seperti biasa buat masa ini.

https://www.youtube.com/watch?v=7S3aQSOYUbk

Komen