Pembangunan Ubuntu Phone Dan Unity Dihentikan – Ubuntu Desktop Kembali Kepada GNOME

Pembangunan Ubuntu Phone Dan Unity Dihentikan – Ubuntu Desktop Kembali Kepada GNOME

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Mark Shuttleworth, pengasas Ubuntu dan Canonical hari ini berkongsi beberapa perubahan pada syarikat mereka, yang mana boleh dikatakan sedikit mengejutkan.

Pertama sekali, beliau telah mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan pelaburan pada pembangunan platform Ubuntu untuk telefon dan juga tablet. Walaupun begitu, pembangunan untuk arena IoT dan awan masih akan diteruskan seperti biasa.

Disamping itu, beliau turut mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan pembangunan Unity8 selepas ini. Dengan pengumuman ini juga, versi Ubuntu 18.04 LTS akan datang pada April 2018 kelak bakal beralih kembali kepada persekitaran desktop GNOME.

Ubuntu sendiri sebelum ini menggunakan GNOME pada versi awal, sebelum beralih kepada pembangunan persekitaran desktop sendiri sekitar enam tahun lepas. Melaluinya, mereka ingin hadir dengan antaramuka yang selari pada pelbagai jenis saiz peranti tanpa masalah. Dengan penghentian pembangunan Ubuntu Phone dan untuk tablet, ia akan lebih menjimatkan tenaga dan kos mereka sekiranya beralih kepada GNOME seperti sebelumnya.

Pada masa yang sama, pihak Ubuntu turut menekankan yang mana mereka akan terus komited kepada versi Ubuntu desktop seperti sedia ada, dan terus menyokong versi LTS, serta beberapa variasi berbeza Ubuntu.


TIPS & ULASAN