Anda Sudah Boleh Naik-Taraf Kepada Windows 10 Creators Update Secara Manual Sekarang

Anda Sudah Boleh Naik-Taraf Kepada Windows 10 Creators Update Secara Manual Sekarang

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini sedia menjanjikan bakal menawarkan kemaskini Windows 10 Creators Update secara manual kepada pengguna seminggu lebih awal, dan seperti dijanjikan, kini ia telah mula ditawarkan.

Untuk pengguna Windows 10 sedia ada yang ingin menaik-taraf secara manual, anda hanya perlu mendapatkan Windows 10 Update Assistant, dan menjalankan ia pada komputer Windows 10 anda. Muat-turun akan dilakukan dan komputer anda akan dinaik-taraf secara automatik melaluinya.

Windows 10 Update

Windows 10 Creators Update menawarkan beberapa ciri-ciri baru, seperti Game Mode, dan juga sokongan membuat kandungan 3D melalui Paint 3D, serta beberapa integrasi lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Update Assistant hari ini, dan memulakan proses menaik-taraf secara manual. Ataupun, anda boleh nantikan sehingga minggu hadapan, dimana muat-turun secara automatik akan mula ditawarkan kepada komputer Windows 10 anda.

Muat-Turun Windows 10 Update Assistant


TIPS & ULASAN