Cari @ Amanz

Kemaskini Windows 10 Creators Upate untuk peranti mudah alih bakal diterima minggu ini. Bagi pengguna yang masih setia dengan Windows 10 Mobile, kemaskini ini amat dinantikan. Tetapi hanya sebilangan kecil telefon pintar akan menerima kemaskini ini.

Senarai lengkap peranti  yang menerima kemaskini adalah seperti di bawah. Peranti yang tidak tersenarai (seperti Lumia 930) adalah kerana tidak memenuhi spesifikasi, tiada sokongan driver terkini dan tidak lagi disokong pengeluar. Tetapi pemilik tidak perlu risau kerana Microsoft akan terus memberikan kemaskini keselamatan kepada peranti lama ini.

  1. Alcatel Idol 4S
  2. Alcatel OneTouch Fierce XL
  3. HP Elite x3
  4. Lenovo Softbank 503LV
  5. MCJ Madosma Q601
  6. Microsoft Lumia 550
  7. Microsoft Lumia 640
  8. Microsoft Lumia 640 XL
  9. Microsoft Lumia 650
  10. Microsoft Lumia 950
  11. Microsoft Lumia 950 XL
  12. Trinity NuAns Neo
  13. VAIO VPB051 [Vaio Phone Biz]
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd