Syarikat Penerbangan Mula Menyewakan Tablet Microsoft Surface Dan iPad Untuk Penerbangan Ke US

Syarikat Penerbangan Mula Menyewakan Tablet Microsoft Surface Dan iPad Untuk Penerbangan Ke US

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan bahawa penumpang-penumpang yang menggunakan syarikat penerbangan dari negara-negara Timur Tengah untuk terbang masuk ke negara Amerika Syarikat tidak dibenarkan membawa masuk komputer riba mereka ke dalam kabin.

Syarikat-syarikat penerbangan ini kemudiannya perlu mencari cara-cara yang kreatif untuk membantu penumpang-penumpang mereka supaya mereka tidak terlalu terbeban dengan arahan baru ini. Emirates dan Qatar Airways, misalnya kini membenarkan penumpang-penumpang mereka memberikan komputer riba mereka kepada pramugara-pramugara sebelum menaiki kapal terbang.

Terkini, syarikat-syarikat penerbangan tersebut, termasuklah EmiratesQatar Airways dan Etihad Airways baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan memulakan program sewaan peranti untuk penumpang kelas perniagaan dan keatas mereka.

Untuk penumpang-penumpang Etihad Airways, syarikat tersebut akan menyewa peranti Apple iPad, manakala Qatar Airways pula akan menyewakan komputer riba berdasarkan pilihan sistem operasi Windows ataupun MacOS.

Syarikat penerbangan Emirates juga baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan peranti tablet Microsoft Surface yang dilengkapi dengan perisian Microsoft Office yang membolehkan mereka membuat kerja dengan minda yang tenang.

Menurut jurucakap-jurucakap syarikat-syarikat tersebut, penumpang boleh menyimpan fail-fail kerja mereka di dalam sebuah pemacu USB, dan gunakan peranti-peranti yang disediakan tersebut untuk membuat tugasan sewaktu penerbangan mereka.


TIPS & ULASAN