Cari @ Amanz

Kes saman berkaitan paten bukan sesuatu yang baru. Terkini, di China, ia dikatakan mahkamah China mengarahkan subsidiari Samsung Electronics untuk membayar Huawei atas kesalahan pelanggaran paten.

Ia dikatakan sebanyak tiga unit dibawah Samsung Electronics terlibat dibawah kes ini, dan diarahkan untuk membayar sekitar 80 juta yuan (~RM51 juta).

Buat masa ini, paten apakah yang terlibat dibawah kes saman ini tidak diketahui sepenuhnya.

Wakil Samsung dipetik mengatakan akan memberikan respon selepas melihat kepada keputusan mahkamah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd