Filem Dan Siri TV Adaptasi Call Of Duty Sedang Dalam Pembangunan

Filem Dan Siri TV Adaptasi Call Of Duty Sedang Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Call of Duty ialah siri permainan video yang sudah terjual melebihi 250 Juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2003. Siri ini akan diadaptasi menjadi siri filem dan TV pula seawal 2018. Ini didedahkan sendiri oleh Stacey Sher dan Nick van Dyk yang merupakan presiden-bersama di Activision Blizzard di dalam sebuah temuramah bersama Guardian.

Beberapa skrip telahpun ditulis dan berasaskan dunia Modern Warfare serta Black Ops. Pihak Activision Berharap siri filem ini akan menjadi seperti Marvel Cinematic Universe dengan jalan cerita saling berkait diantara filem berbeza. Siri TV pula akan berasaskan sejarah perang Vietnam dan Perang Dunia Kedua.

Permainan COD sudahpun mempunyai jalan cerita penuh aksi seperti filem-filem blockbuster Hollywood. Mengadaptasinya menjadi filem bukanlah perkara yang sukar.


TIPS & ULASAN