Lockheed Martin Bercadang Menghantar Stesen Angkasa Ke Marikh Sebelum 2028
Artikel Berkaitan

Lockheed Martin Bercadang Menghantar Stesen Angkasa Ke Marikh Sebelum 2028

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Perlumbaan menjalankan misi ke Marikh kini dilakukan oleh pelbagai pihak. NASA dan SpaceX ialah dua nama besar di dalam industri aeroangkasa yang sedang membangunkan kenderaan ke Marikh. Elon Musk ingin memulakan misi ke Marikh seawal 2022. Lockheed Martin turut mempunyai perancangan mereka sendiri dengan projek stesen angkasa Mars Base Camp (MBC) mereka.

Projek MBC mensasarkan misi untuk meletakkan sebuah stesen angkasa di orbit Marikh sebelum 2028. Ini dilakukan menerusi beberapa fasa yang bermula pada tahun 2021. Pada tahun tersebut komponen untuk memasang kapal angkasa MBC mula dihantar ke orbit di antara bulan dan bumi. Pemasangan akan mengambil masa beberapa tahun menggunakan dua modul Orion yang dibangunkan oleh NASA. Pemasangan stesen angkasa dijangka siap pada tahun 2027 sebelum enam krew memulakan perjalanan ke Marikh.

Setibanya di sana, MBC akan mengorbit Marikh dan memulakan pencarian tapak yang sesuai untuk melakukan pendaratan ke permukaan planet merah. Robot kawalan jauh dikawal dari MBC bagi melakukan penerokaan, tinjauan dan pengambilan sampel tahan. Usai proses kajian, fasa seterusnya melakukan misi ke permulaan Marikh akan dimulakan.

Dalam masa kurang dua dekad fiksyen sains seperti plot filem The Martian bakal menjadi realiti. Siapakah bakal memenangi perlumbaan ini? NASA atau SpaceX. Kami hanya berharap misi tidak akan gagal sehingga “Matt Damon” perlu diselamatkan oleh angkasawan lain.


TIPS & ULASAN