Twitter hari ini telah memperkenalkan versi web yang jimat penggunaan data dan juga bersaiz kurang 1MB. Berbeza dengan penawaran beberapa penyedia perkhidmatan lain, Twitter Lite adalah versi berasaskan web, tetapi menggunakan konsep PWA (Progressive Web App – dimana menawarkan kebolehan umpama sebuah aplikasi, tetapi hanya berasaskan kepada pelayar web sahaja.
Twitter Lite dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, dan tidak menggunakan ruangan besar pada telefon pintar. Pengguna juga turut boleh mengawal penggunaan data – termasuk mengelak daripada memuat-turun gambar atau video.
Disamping itu, pengguna boleh turut mengaktifkan notifikasi, termasuk mengakses kandungan dalam mod offline.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Twitter Lite hari ini, dan menggunakan perkhidmatan Twitter walaupun dengan akses data yang sangat perlahan.
Introducing Twitter Lite on mobile web! ?
Loads quickly, takes up less space, and is data-friendly. Learn more: https://t.co/Zd825WOdQz pic.twitter.com/l1n0cYJuPc
— Twitter (@Twitter) April 6, 2017
- Layari : Twitter Lite