Pertarungan Robot Diantara Megabots Dan Suidobashi Akan Berlangsung Pada Bulan Ogos 2017

Pertarungan Robot Diantara Megabots Dan Suidobashi Akan Berlangsung Pada Bulan Ogos 2017

Diterbitkan pada Apr 6, 2017 oleh .

Pada tahun 2015, syarikat pembuat robot dari Amerika Syarikat, Megabots telah mengeluarkan sebuah cabaran kepada syarikat pembina robot dari Jepun, Suidobashi untuk bertarung menggunakan robot-robot rekaan mereka.

Pertarungan tersebut sepatutnya berlaku pada tahun lepas, akan tetapi masalah lokasi memaksa kedua-dua pihak menunda perlawanan tersebut, dan terkini, pihak Megabots baru sahaja mengumumkan bahawa pertarungan diantara Megabot MkIII ciptaan Megabots dan KURATAS rekaan Suidobashi akan berlangsung pada bulan Ogos 2017 di sebuah lokasi yang .akan diumumkan kelak.

Menurut pihak Megabots, mereka telah mengubah-suai beberapa kebolehan Megabot MkII, dan membuatnya lebih sesuai untuk situasi pertempuran, dan robot tersebut akan hadir di kawasan San Francisco pada bulan Mei 2017 untuk tontonan umum.

Buat masa ini, pihak Suidobashi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pertarungan mereka. Pertarungan robot diantara Amerika dan Jepun ini sangatlah dinanti-nantikan, kerana bila lagi kita boleh melihat pertarungan antara robot seperti di dalam Robot Jox dan G Gundam?


TIPS & ULASAN