Carian
Digi Hadir Dengan Sokongan Membeli Data Melalui Aplikasi Twitter, WeChat Dan YouTube
April 6, 2017 Aman

Pada hari ini, akses internet pada telefon pintar telah menjadi salah satu permintaan tinggi. Dalam usaha memudahkan proses langganan berkenaan, kini Digi mengumumkan sokongan membeli data secara terus melalui aplikasi Twitter, WeChat atau YouTube. Seperti biasa, kaedah pembelian adalah berbeza-beza mengikut aplikasi.

Untuk mereka yang ingin membeli data melalui aplikasi YouTube, ia dilakukan secara automatik melalui halaman profil dibawah tab yang dinamakan sebagai “Buy Data”. Melaluinya, apabila memilihnya, pengguna akan diberikan pilihan jenis penawaran pakej, dan melakukan pembelian terus melaluinya.

Pada WeChat pula, ia dilakukan dengan pengguna perlu memautkan akaun Digi ke laman WeChat rasmi milik Digi, dan seterusnya tambah-nilai dan pembelian data boleh dilakukan melalui halaman khusus pada laman rasmi Digi di WeChat.

Sementara kedua-dua diatasnya sedia diimplementasi oleh beberapa syarikat telekomunikasi luar negara, apa yang menariknya adalah implementasi pada Twitter.

Di Twitter, pembelian data dilakukan melalui Direct Message, dimana pengguna boleh menghantar #digi4me, dan menerima balasan secara automatik melalui Direct Message untuk pembelian data.

Bagi anda yang menggunakan akaun Digi, mungkin boleh cuba salah satu kaedah ini dalam usaha untuk memudahkan anda membeli data internet – selain menggunakan terus aplikasi Digi.

Komen