Xbox Project Scorpio adalah konsol generasi akan datang daripada Microsoft, dan telah diperkatakan sebelum ini. Hari ini, Microsoft melalui Digital Foundry secara rasminya mengumumkan spesifikasi yang akan dibawakan oleh konsol generasi akan datang berkenaan.
Daripada apa yang dikongsikan, berikut merupakan spesifikasi yang dibawakan oleh Project Scorpio:
- CPU : Cip lapan-teras x86 pada kelajuan 2.3Ghz.
- GPU : 40 unit perkomputeran pada kelajuan 1172Mhz.
- Memori : 12GB GDDR5 RAM
- Storan : 1TB, pemacu keras 2.5-inci.
- Pemacu Blue-Ray 4K UHD.
Pada masa yang sama, konsol generasi baru ini juga akan menawarkan sokongan bekalan kuasa dalaman secara terbina, selain menyokong Dolby Atmos. Dengan spesifikasi yang tinggi untuk konsol jikalau dibandingkan dengan PlayStation 4, ia juga bakal menawarkan sokongan memainkan kandungan 4K, selain sokongan memainkan kandungan realiti-maya.
Microsoft dijangka akan memperlihatkan rekaan akhir konsol mereka ini pada acara E3 bulan Jun 2017 kelak.