Kini, Satu Daripada Lima Video Di Facebook Adalah Video Facebook Live

Kini, Satu Daripada Lima Video Di Facebook Adalah Video Facebook Live

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Facebook Live telah diperkenalkan sekitar setahun yang lepas, dimana ia membolehkan para pengguna membuat penstriman video langsung melalui platform laman sosial berkenaan. Sejak daripada pengenalannya, ramai yang telah mula menggunakannya, termasuk tidak kurang penggunaan oleh jenama dan juga agensi berita.

Terkini, selang setahun, Facebook Live telah menjadi salah satu norma dikalangan pengguna. Berkongsi statistik hari ini, pihak Facebook mengatakan kini satu daripada lima video pada platform laman sosial berkenaan adalah penyiaran video langsung. Ia dikatakan penggunaan Facebook Live sendiri meningkat empat kali ganda pada tahun lepas, dan kini menjadi salah satu ciri utama pengguna.

Baru-baru ini, Facebook turut telah memperkenalkan sokongan penstriman video langsung pada platform Instagram mereka, selain turut menyertakan fungsi Facebook Live untuk pengguna laman sosial berkenaan di desktop. Dengan pengenalannya, tidak mustahil kita melihat penggunaan video penstriman langsung ini terus meningkat untuk tahun seterusnya.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah mencuba membuat penstriman video langsung pada platform laman sosial terkemuka berkenaan?


TIPS & ULASAN