Permua Call of Duty Sedang Dibangunkan Oleh Pembangun Candy Crush

Permua Call of Duty Sedang Dibangunkan Oleh Pembangun Candy Crush

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Pada 2015 yang lepas, Activision Blizzard telah mengambil-alih King, iaitu pembangun disebalik beberapa permainan mudah-alih (permua), termasuk Candy Crush Saga. Kini, setelah beberapa tahun, mereka mula menggunakan kepakaran King dalam membangunkan permua untuk jenama mereka – bermula dengan Call of Duty.

Call of Duty sedia popular pada PC dan juga konsol. Untuk versi permua, pelbagai pengoptimasian perlu dilakukan, termasuk menawarkan pengalaman yang baik pada skrin telefon pintar atau tablet. Buat masa ini, permua Call of Duty dilihat masih pada peringkat awal pembangunan, dan King sedang mencari kepada sejumlah bakat dalam menyertai pembangunan permua berkenaan.

Apakah nama akhir untuk permua Call of Duty ini masih tidak diketahui, selain info penuh mengenainya juga masih menjadi tanda tanya.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh King melalui permua Call of Duty ini kelak.


TIPS & ULASAN