(Ura-Ura) iPad Pro Mampu Berubah Menjadi Skrin Sekunder Untuk Mac Seakan Wacom Cintiq

(Ura-Ura) iPad Pro Mampu Berubah Menjadi Skrin Sekunder Untuk Mac Seakan Wacom Cintiq

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Wacon Cintiq ialah aksesori yang hanya mampu dibeli oleh penggiat seni digital yang berada. Semasa di kolej dahulu ia adalah peranti Wacom yang amat kami dambakan kerana kebolehan melakar terus pada skrin komputer yang bersaiz besar. Kini kedengaran ura-ura Apple mempunyai perancangan membawakan fungsi ini kepada iPad Pro.

Sebuah iPad Pro boleh disambungkan kepada sebuah komputer Mac dan berubah menjadi skrin sekunder. Pengguna kemudian boleh menggunakan Apple Pencil untuk melakar terus pada skrin iPad Pro dan hasilnya disimpan terus ke dalam Mac.

Sekiranya ini menjadi realiti ia adalah fungsi yang amat berguna kepada pengguna Photoshop, Illustrator dan Corel Painter. Harga jualan iPad Pro yang jauh lebih murah berbanding Wacom Cintiq turut menjadikannya alternatif yang mampu milik.


TIPS & ULASAN