Waze Kini Membantu Kenderaan Kecemasan Untuk Mengelakkan Kesesakan Ke Hospital

Waze Kini Membantu Kenderaan Kecemasan Untuk Mengelakkan Kesesakan Ke Hospital

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Antara video paling tular di Malaysia tahun lalu melibatkan ambulans yang dihalang laluannya oleh kenderaan-kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan. Ia ditonton jutaan kali dan menimbulkan amarah dari pelbagai pihak. Kemarahan penonton semakin membuak-buak apabila laporan mengatakan mangsa kemalangan yang menimbulkan kesesakan gagal diselamatkan kerana kelewatan ambulans.

Waze Traffic

Nyata sekali mengelakkan kesesakan jalan raya adalah isu hidup dan mata pemandu kenderaan kecemasan seperti ambulans dan bomba. Oleh itu Waze bekerjasama dengan European Emergency Number Association (EENA) untuk membantu kenderaan kecemasan mengelakkan kesesakan jalan raya.

Pemandu kenderaan kecemasan akan diberikan notifikasi jalan yang mengalami kesesakan. Pada waktu yang sama kenderaan kecemasan yang berada di kawasan kemalangan membantu Waze untuk memberikan notifikasi kepada pengguna lain untuk mencari jalan alternatif. Buat masa ini fungsi ini hanya disokong di Eropah dengan perancangan mengembangkannya ke seluruh dunia.


TIPS & ULASAN