Adobe Sensei – Kecerdasan Buatan Dan Pembelajaran Mesin Digunakan Untuk Menyunting Gambar Selfie

Adobe Sensei – Kecerdasan Buatan Dan Pembelajaran Mesin Digunakan Untuk Menyunting Gambar Selfie

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin telah digunakan untuk mengenalpasti objek di dalam gambar di Google. Kini teknologi canggih yang masih dibangunkan ini bakal digunakan untuk membantu pengguna mengambil gambar selfie yang terbaik. Adobe Research Lab melancarkan video yang menunjukkan kemampuan Adobe Sensei, sistem gabungan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan mereka.

Adobe Sensei boleh mengubah gambar selfie yang diambil oleh pengguna. Sudut kamera gambar yang diambil boleh diubah mengikut keperluan selepas gambar diambil. Latar belakang boleh dikaburkan bagi menghasilkan imej bokeh. Gemarkan gaya sesetengah jurugambar ternama? Gaya mereka boleh ditiru dan digunakan pada gambar selfie yang diambil dengan hanya menekan satu butang.

Kesemua teknologi ini hanya setahun lalu masih di peringkat prototaip. Sistem mengubah sudah selfie menggunakan sistem content-aware telah kami laporkan tahun lalu apabila ia diperlihatkan di SIGGRAPH 2016. Sungguh pantas teknologi berkembang dan ia sudah mula digunakan oleh Adobe. Apakah inovasi seterusnya yang bakal digunakan pada produk Adobe? Kami masih mengimpikan Adobe Premiere yang menyunting secara automatik sehebat penyunting manusia. Mungkin ia boleh dinamakan sebagai Adobe Editing Senpai.


TIPS & ULASAN