Cari @ Amanz

Oppo A57 dilancarkan untuk pasaran China pada November tahun lalu. Peranti ini akhirnya akan mula dijual di pasaran Malaysia bulan ini. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.2″ LCD HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama pada panel belakang sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan dipadankan dengan kamera selfie 13-Megapixel f/2/2.

oppo-a57-1

Melengkapi spesifikasi ialah bateri 2900 mAH yang mengecas peranti menggunakan port MikroUSB. Android Marshmallow digunakan dengan pelancar Color OS 3.0. Dua pilihan warna diberikan iaitu emas dan ros merah.

Pihak Oppo Malaysia masih belum berkongsi tarikh pelancaran dan harga jualan rasmi di setakat ini. Di China ia dijual pada harga RMB 1599 (~RM 1033) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd