(Konsep) Rekaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik Masa Hadapan

(Konsep) Rekaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik Masa Hadapan

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik dijangka berkembang pesat di seluruh dunia. Di Malaysia sudah ada inisiatif dari syarikat petroleum seperti Petronas untuk memasang stesen pengecasan elektrik di stesen mereka. Buat masa ini jumlah pengecas kenderaan yang sedikit masih belum menjadi isu besar. Tetapi di masa hadapan apabila jumlah kenderaan elektrik bertambah, rekaan stesen sedia ada tidak lagi memadai.

Kenderaan berkuasa petrol hanya memerlukan sekitar lima minit untuk mengisi tangki minyak sehingga penuh. Sistem pengecasan elektrik terpantas sekarang memerlukan 25 minit untuk mengecas bateri sehingga penuh. Bayangkan betapa panjangnya barisan kenderaan yang perlu menanti giliran.

Firma Ennead Lab menghasilkan konsep di atas. Stesen pengecasan kenderaan masa hadapan akan mempunyai sistem meletak kereta bertingkat. Kenderaan dimasukkan ke dalam lif dan pemilik akan keluar sementara menunggak kenderaan dicas. Berpuluh kenderaan boleh dicas serentak tanpa menyebabkan kesesakan jalan raya dan barisan panjang seperti yang berlaku setiap kali harga minyak dinaikkan sekarang.

Sebuah  konsep yang menarik dan menyelesaikan masalah sedia ada. Kami boleh melihat stesen seperti dilengkapi stesen makanan segera. Sambil mengisi tangki perut dengan makanan, “tangki bateri” boleh dicas secara serentak.


TIPS & ULASAN