Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan pakej Unifi Pro yang menyasarkan akses internet berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps di beberapa lokasi terpilih. Kini, kami mula mendengar beberapa info awal mengatakan Telekom Malaysia mungkin menjenamakan semua penawaran mereka dibawah nama UniFi, dan bakal memperkenalkan pakej UniFi Lite tidak lama lagi.

Melalui UniFi Lite, ia akan menyasarkan kepada pelanggan Streamyx sedia ada, dan ditawarkan di sejumlah lokasi terhad. Apa pun, menurut info awal yang kami terima, ia dikatakan Telekom Malaysia akan menawarkan kelajuan sehingga 10Mbps melalui pakej UniFi Lite ini.

Unifi Lite

UniFi Lite ini juga dijangka akan menggunakan modem VDSL yang menawarkan kadar ping yang lebih baik berbanding dengan ADSL pada Streamyx. Melengkapkan penawaran UniFi Lite adalah langganan kandungan yang dinamakan sebagai HyppTV Lite daripada Telekom Malaysia.

Buat masa ini, harga pakej ini masih tidak diketahui lagi. Menurut beberapa sumber, ia dikatakan mungkin diperkenalkan sekitar pertengahan kedua bulan April 2017 ini – malah jurujual Telekom Malaysia dikatakan telah menerima maklumat mengenainya dan telah memulakan pemasaran untuk produk berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd