E-Volo Volocopter 2X Diperlihatkan – Teksi Terbang Mensasarkan Operasi Menjelang 2018
Artikel Berkaitan

E-Volo Volocopter 2X Diperlihatkan – Teksi Terbang Mensasarkan Operasi Menjelang 2018

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

E-Volo Volocopter ialah teksi terbang berkuasa elektrik yang pertama kali diperlihatkan pada tahun 2011. Ia dilengkapi 18 motor elektrik untuk terbang secara menegak dan mampu membawa dua orang penumpang. Ia direka untuk menjadi teksi terbang dengan kemampuan terbang secara automatik.

Versi teki ini Volocopter 2X diperlihatkan minggu ini. Selepas hampir lapan tahun dalam pembangunan, ia dijangka akan memulakan operasi menjelang 2018. Perbezaan ketara di antara 2X dengan model terdahulu ialah sistem bateri yang boleh ditanggalkan dengan pantas. Volocopter 2X boleh kembali beroperasi tanpa perlu menanti bateri dicas. Pihak E-Volo kini menumpukan perhatian untuk membina model yang mampu membawa empat orang penumpang.


TIPS & ULASAN