Carian
Huawei P10 Plus Dijual Di Malaysia Lebih Awal, Bermula Esok, 8 April
April 7, 2017 Aman

Huawei sebelum ini menyasarkan untuk membawa masuk Huawei P10 Plus ke pasaran tempatan sekitar pertengahan April 2017 ini. Kini, nampaknya mereka bergerak pantas, dan akan mula menawarkan Huawei P10 Plus untuk pasaran tempatan bermula esok, 8 April 2017.

Dua variasi akan ditawarkan, iaitu berwarna hitam dan juga emas. Di Malaysia, Huawei p10 Plus ditawarkan pada harga RM3099.

Huawei P10

Huawei P10 Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Huawei P10 Plus menggunakan kamera belakang Leica Pro mengabungkan lensa 12MP+20MP F1.8, kamera hadapan 8MP berteknologi Leica, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Peranti ini turut hadir dengan sokongan tambahan seperti kalis air IPX3, dan juga integrasi pembelajaran mesin pada sistem operasi EMUI 5.1.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Huawei P10 Plus ini daripada para pengedar rasmi Huawei. Selain Huawei P10 Plus, pengeluar dari China ini juga turut menawarkan Huawei P10 dan juga Huawei P10 Lite.

Komen