Nubia Z17 Mini Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera Dan Memori 6GB RAM
ZTE

Nubia Z17 Mini Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera Dan Memori 6GB RAM

Diterbitkan pada Apr 7, 2017 oleh .

Nubia, salah satu jenama dibawah ZTE kini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar, iaitu Nubia Z17 Mini. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang – salah satu trend yang menjadi fokus ramai pengeluar akhir-akhir ini.

Nubia Z17 Mini ini hadir dengan penggunaan gabungan lensa 13-megapixel f/2.2 pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 16-megapixel f/2.0.

Nubia Z17 Mini

Walaupun menggunakan nama “mini”, ia masih hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, yang mana telah menjadi salah satu saiz norma pada telefon pintar pada hari ini. Nubia Z17 Mini turut menggunakan cip Snapdragon 652, hadir dengann penawaran memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Seperti biasa, pengguna boleh memperluaskan ruangan storan menggunakan kad mikro-SD.

Nubia Z17 menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan dilengkapi antaramuka Nubia UI 4.0. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nubia Z17 Mini ini akan memasuki pasaran tempatan. Peranti ini akan dijual di China pada bulan ini pada harga 1,699 Yuan, iaitu sekitar RM1090.


TIPS & ULASAN