Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini sedia mempunyai penawaran kamera digital mereka tersendiri, namun akhir-akhir ini tiada sebarang produk baru dibawah penawaran kamera digital mereka. Kini, laporan baru turut hadir mengatakan Samsung akan menghentikan perniagaan kamera digital, dan beralih kepada produk kamera yang lain.

Apakah produk kamera baru tidak dikongsikan. Tetapi, mengikut apa yang dilihat daripada pelancaran Galaxy S8 baru-baru ini, mereka dilihat memfokuskan kepada kamera dengan sokongan rakaman 360-darjah melalui Gear 360.

Dari segi pengguna sendiri, boleh dikatakan perkembangan arena telefon pintar dengan penawaran kamera yang sangat baik, mungkin pengguna sudah kurang berminat mendapatkan kamera digital.

Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perniagaan kamera digital mereka. Tetapi memandangkan jenama seperti Canon dan Nikon turut mempunyai persaingan tinggi pada arena kamera digital masa kini, tidak mustahil Samsung menarik diri daripada perniagaan yang kurang menguntungkan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd