Perkhidmatan Uber Diharamkan Di Itali

Diterbitkan pada Apr 8, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi melalui sebuah aplikasi khusus. Pengenalan Uber mempunyai reaksi berbeza daripada masyarakat, termasuk ada yang menyukainya, serta ada yang tidak menyukainya – terutamanya pemandu teksi.

Di Itali, persatuan teksi disana dilihat telah memfailkan kes ke atas Uber disebabkan oleh persaingan tidak saksama, dan mahkamah disana dilihat telah mengambil langkah mengharamkan perkhidmatan Uber di Itali.

Ini bermakna, perkhidmatan seperti UberBlack, Lux, Suv, UberX dan Uber XL tidak boleh digunakan dan beroperasi di negara berkenaan. Malah, Uber juga tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan mereka di negara berkenaan.

Uber diberi selama 10 hari untuk berhenti beroperasi sepenuhnya, atau membuat rayuan untuk kes berkenaan. Menurut wakil Uber, mereka akan membuat rayuan ke atas kes berkenaan di Itali.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami