Cari @ Amanz

Dalam arena teknologi, desas-desus dan ura-ura mengenai sesuatu peranti dalam pembangunan bukan sesuatu yang baru. Terkini, selepas laporan mengenai Mac Pro baru yang sedang dalam pembangunan, kini hadir desas-desus mengatakan Apple mungkin tidak akan menyertakan sokongan Touch Bar pada MacBook Pro baru yang akan datang.

Buat masa ini, hanya satu variasi MacBook Pro sahaja hadir dengan sokongan tanpa Touch Bar – sebaliknya versi 15-inci hadir dengan sokongan input berasaskan panel OLED yang diletakkan di atas papan kekunci.

Ia dikatakan, Apple mungkin akan memberikan pilihan kepada pembeli yang ingin mendapatkan MacBook Pro bersaiz 15-inci tanpa Touch Bar. Ini boleh dikatakan kerana masih ramai yang ragu-ragu dan seperti tidak memerlukan sokongan Touch Bar. Secara tidak langsung, ia juga mungkin akan mengurangkan sedikit kos jualan, selain pada masa yang sama memberikan pilihan kepada pengguna. MacBook Pro dengan sokongan Touch Bar juga mungkin dikekalkan tetapi pada harga sedikit lebih tinggi disebabkan penggunaan panel khusus pada bahagian papan kekunci.

Buat masa ini, berita ini hanya pada peringkat ura-ura sahaja – tetapi semestinya ia sesuatu yang tidak mustahil dibawah Tim Cook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd