Carian
Ford Hadir Dengan Buaian Pintar Yang Memberikan Simulasi Seumpama Dalam Kenderaan
April 9, 2017 Aman

Kebarangkalian untuk mengantuk dan tidur dalam kenderaan yang bergerak adalah sedikit tinggi disebabkan oleh beberapa faktor. Mengambil inspirasi daripadanya, kini Ford hadir dengan sebuah buaian yang mengambil faktor-faktor berkenaan, dan memberikan simulasi seumpama dalam kenderaan dalam memastikan bayi tidur didalamnya.

Dinamakan sebagai Max Motor Dreams, ia dibangunkan bersama oleh pasukan pengeluar kenderaan terkemuka Ford.

Buaian Ford

Buaian ini menawarkan simulasi seumpama dalam kenderaan, termasuk menyediakan bunyi seumpama enjin, pergerakkan pada bahagian tilam seumpama dalam kenderaan, dan juga lampu yang menawarkan simulasi seumpama melalui lampu jalan raya. Ford juga membangunkan sebuah aplikasi khusus yang boleh merakamkan gerakkan kenderaan dan bunyi yang dikeluarkan untuk diintegrasikan bersama buaian ini.

Buat masa ini, Ford hanya mengeluarkan hanya satu buaian pintar ini sahaja – tetapi tidak mustahil sekiranya ia menerima permintaan yang tinggi, pengeluar kenderaan berkenaan mungkin mengeluarkannya kepada umum.

https://www.youtube.com/watch?v=4F-QxDNFZjE

Komen