Cari @ Amanz

Di Malaysia kita sering mendengar laporan pihak Kastam Diraja Malaysia merampas rokok haram yang diseludup bagi mengelak membayar duti. Rokok yang diimport dari negara jiran dijual pada harga yang jauh lebih murah. Ia dibeli oleh golongan perokok tegar yang lebih sanggup membeli rokok seludup dari hidup bebas tembakau.

Indonesia

Di Indonesia masalah penyeludupan yang kronik boleh ditemui di dalam sektor penjualan telefon pintar. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kementerian Perindustrian Indonesia dengan kerjasama Qualcomm mendapati 20% peranti di Indonesia adalah peranti haram. Peranti-peranti ini diseludup bagi mengelakkan cukai import 7.5% dan cukai VAT 10%.

Peranti-peranti haram ini menggunakan nombor IMEI yang telah dikitar semula dari peranti-peranti lama. Penyeludupan ini mengakibatkan kerajaan Indonesia kerugian bertrillion Rupiah. Pada waktu yang sama pengguna peranti haram ini terdedah kepada kegiatan jenayah kerana IMEI yang digunakan tidak sah.

Kerajaan Indonesia mengenakan duti yang tinggi ke atas peranti yang tidak mempunyai 30% komponen yang dihasilkan di dalam negara sejak Januari 2017. Program Made In Indonesia memberikan insentif kepada pengeluar untuk menghasilkan peranti di dalam Indonesia. Duti yang sama tidak perlu dibayar dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia.

Samsung dan Blackberry ialah dua nama terkemuka yang membuka kilang di Indonesia sementara Apple membuat pelaburan bernilai Rp 590 Billion bagi membolehkan iPhone 7 dijual tanpa duti import.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd