ReTuna Återbruksgalleria – Pusat Membeli Belah Menjual Hanya Barangan Dikitar Semula Di Sweden

ReTuna Återbruksgalleria – Pusat Membeli Belah Menjual Hanya Barangan Dikitar Semula Di Sweden

Diterbitkan pada Apr 9, 2017 oleh .

Negara Skandinavia terkenal dengan usaha mereka untuk mengurangkan pencemaran dan menggunakan sumber tenaga lestari. Norway sebagai contoh akan mengharamkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil menjelang 2025. Di Sweden sebuah pusat membeli belah dibuka dan ia hanya menjual barangan yang telah dikitar semula.

ReTuna Återbruksgalleria (Galeri Kitasemula ReTuna) yang dibuka di Stockholm mensasarkan pengguna yang peduli tentang alam sekitar. Setiap produk yang dijual adalah terpakai ataupun yang telah dikitar semula dari bahan terbuang. Restoran di dalam ReTuna pula hanya menjual makanan dari sumber organik.

Orang ramai juga boleh menghantar barangan ke ReTuna untuk dijual semula. Sebagai contoh sofa lapuk boleh diserahkan kepada ReTuna dan dibaikpulih sebelum dijual.

Melalui ReTuna, jumlah barangan terbuang akan dapat dikurangkan sekaligus mengelakkan pembaziran. Program kitar semula Sweden adalah yang terbaik di dunia. Ia sangat efisien sehingga sampah sarap harus diimport ke Sweden untuk menjadi bahan bakar stesen janakuasa elektrik kerana kekurangan sampah dari dalam negara.

Konsep ReTuna mungkin boleh dimulakan di Malaysia. Kita sudahpun mempunyai ribuan kedai bundle yang menjual pakaian terpakai. Jika dipakejkan sebagai gaya hidup hipster ia pasti mendapat sambutan anak muda. Membazir amalan syaitan. Menjaga alam sekitar amalan mulia. Terasa sedikit malu melihat sebuah “negara kafir” lebih menghayati gaya hidup Muslim dari negara-negara Islam yang lain.


TIPS & ULASAN