Permohonan Kerja Di McDonalds Australia Boleh Dilakukan Menerusi Snapchat

Permohonan Kerja Di McDonalds Australia Boleh Dilakukan Menerusi Snapchat

Diterbitkan pada Apr 9, 2017 oleh .

Apakah kerja pertama anda sementara menanti keputusan SPM? Ramai remaja sekarang mengambil pekerjaan separuh masa di restoran makanan segera dan kedai kopi. Di Australia, McDonalds ialah restoran yang memberikan peluang pekerjaan awal terbesar golongan remaja. Bagi memudahkan proses  permohonan kerja, McDonalds Australia bekerjasama dengan Snapchat untuk menghasilkan filter khas

Pemohon diberikan pilihan filter yang mengubah diri mereka supaya kelihatan seperti sebagai kakitangan McDonalds. Mereka kemudian boleh mengambil video memperkenalkan diri sendiri selama 10 saat. Video boleh dihantar kepada pihak McDonalds sebagai resume meminta kerja. Dengan penggunaan Snapchat, McDonalds berharap jenama mereka akan kelihatan lebih cool dengan golongan remaja.


TIPS & ULASAN