Gambar Dron Baru Daripada DJI Yang Bersaiz Kompak Tertiris

Diterbitkan pada Apr 10, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI kini telah menjadi salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena dron. Mereka sedia popular dengan penawaran pelbagai jenis dron, termasuk yang paling baru adalah DJI Mavic Pro. Terkini, pengeluar dari China ini turut dilihat sedang membangunkan sebuah lagi dron baru yang nampaknya mungkin dron terkecil keluaran syarikat berkenaan.

DJI Spark

Mengikut desas-desus, dron baru ini mungkin dikenali dengan nama DJI Spark. Info penuh mengenai dron bersaiz kecil ini masih tidak diketahui lagi, tetapi diperkatakan mungkin dipasarkan sebagai dron untuk selfie.

Dengan ketirisan yang hadir ini, kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai dron baru ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami