Saintis Jepun Ingin Menjadi Terawal Untuk Ke Teras Bumi

Saintis Jepun Ingin Menjadi Terawal Untuk Ke Teras Bumi

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Seperti ramai yang sedia maklum dan pelajari di sekolah, struktur bumi terdiri daripada lapisan kerak, mantel dan juga teras. Sehingga kini, tiada lagi yang telah menggerudi sehingga ke teras bumi, dan kini sekumpulan saintis dari Jepun ingin mengubah perkara berkenaan – sekaligus membolehkan bumi lebih difahami pada era masa kini yang melihat kepada eksplorasi angkasa dan planet-planet lain.

Kerak bumi terletak kira-kira sekitar 10 kilometer dibawah dasar laut, dan beberapa kali percubaan untuk gerudi sehingga ke teras telah dilakukan tetapi gagal dan terhenti di kerak bumi sahaja.

CNN Kerak Bumi

Kini, kerajaan Jepun sendiri mengeluarkan dana untuk membantu kajian baru ini, dimana ia dijangka bermula sekitar 2030 kelak. Saintis ini dijangka akan menggunakan penggali yang dinamakan Chikyu dan mampu mengerudi tiga kali lebih dalam berbanding sebelum ini.

Melalui projek ini, saintis berharap dapat menemui beberapa perkara, termasuk bagaimana planet terbentuk, selain kaedah bagaimana untuk meramal gempa-bumi dengan lebih baik berbanding pada hari ini.


TIPS & ULASAN