Pemandu Teksi Langkawi Berdemo Membantah Perkhidmatan Uber Dan Grabcar

Pemandu Teksi Langkawi Berdemo Membantah Perkhidmatan Uber Dan Grabcar

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Perkhidmatan perkongsian kereta Uber dan Grabcar semakin rancak penggunaannya di ibu kota Kuala Lumpur. Terdapat laporan ribuan pemandu teksi menyerahkan semula teksi yang disewa untuk memandu kenderaan sendiri di bawah dua syarikat di atas. Uber memulakan operasi mereka di Langkawi bulan lalu. Belum cukup sebulan perkhidmatan mereka mula menerima bantahan pemandu teksi di pulau pelancongan popular ini.

Seramai 400 orang pemandu teksi Langkawi melakukan demo selama sejam hari ini. Mereka menentang perkhidmatan Uber dan Grabcar yang dipercayai akan menggugat sumber pendapatan mereka. Demo ini dianjurkan oleh ang Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi,dan  Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi. Mereka bercadang menyerahkan memorandum bantahan kepada  beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah dan wakil rakyat di Langkawi.

Pihak kerajaan sudahpun mengesahkan akan membenarkan operasi kedua-dua syarikat ini di Malaysia. Pada waktu yang sama pelaburan bernilai jutaan ringgit telah dilakukan oleh KWSP dan Khazanah Nasional ke dalam syarikat yang sama. Pada hemat kami mungkin sudah terlewat untuk berdemo.


TIPS & ULASAN