Palit Memperkenalkan Dua Kad Grafik Terbaru – PALIT GTX 1080 Ti JetStream Dan Super JetStream

Palit Memperkenalkan Dua Kad Grafik Terbaru – PALIT GTX 1080 Ti JetStream Dan Super JetStream

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Jika anda seorang bangsawan yang masih sedang mencari kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti yang sesuai untuk anda, Palit baru sahaja mengumumkan dua kad grafik terbaru yang berdasarkan kad grafik NVIDIA tersebut.

Kad-kad ini dinamakan Palit GTX 1080 Ti JetStream dan Palit GTX 1080 Ti Super JetStream, dan kedua-duanya menggunakan kad sistem penyejuk JetStream yang sama. Penyejuk ini terdiri daripada blok aluminum yang mengambil tempat tiga slot pengembangan di belakang kerangka komputer, paip haba tembaga yang mengalirkan haba dari GPU dan VRAM kepada blok aluminum.

Ia juga mempunyai kipas 10mm yang menghilangkan haba daripada blok tersebut. Kipas-kipas ini juga tidak akan bergerak ketika kad grafik ini tidak sedang melakukan sebarang aktiviti-aktiviti pemprosesan.

Dalam pada itu, kad grafik Palit ini juga mempunyai lampu LED RGB di tepi kad grafik tersebut. Pengguna bukan sahaja boleh memilih warna yang mereka mahu gunakan untuk menyerikan binaan PC mereka, warna tersebut juga boleh diubah berdasarkan suhu cip pemprosesan grafik tersebut, dan ini membolehkan pengguna melihat sama ada kad grafik tersebut sedang bekerja keras ketika mereka sedang bermain permainan video.

Kad grafik Palit GTX 1080 Ti JetStream ini mempunyai kelajuan asas 1480MHz dengan kelajuan BoostClock 1630MHz, manakala kad grafik Super JetStream pula mempunyai kelajuan asas 1531MHz dengan kelajuan BoostClock sehingga 1670MHz.

Harga untuk kedua-dua kad grafik ini masih belum diumumkan oleh pihak Palit.


TIPS & ULASAN