Pokemon Go Kini Mempunyai 65 Juta Pengguna Aktif Di Seluruh Dunia

Pokemon Go Kini Mempunyai 65 Juta Pengguna Aktif Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Adakah anda kini masih sedang bermain permainan mudah alih Pokemon Go? Jika ya, tahniah kerana anda salah seorang daripada 65 juta pemain aktif permainan tersebut di seluruh dunia.

Permua Pokemon Go baru sahaja memenangi pelbagai anugerah kerana konsep permainannya yang unik dan kemasan-kemasan yang membuatkan permainan tersebut terus diminati orang ramai.

Kemasan besar terakhir mereka adalah kemasan dimana Niantic menambahkan jumlah Pokemon ke dalam permainan tersebut, pengubahsuaian kepada cara pemain boleh menangkap Pokemon, dan sebagainya.

Selain daripada mengumumkan jumlah pemain aktif Pokemon Go, Niantic juga memberi bayangan kepada kemaskini yang akan datang, yang dikatakan akan hadir dalam bentuk interaksi dan kerjasama secara sosial diantara para pemain pada pertengahan tahun ini.


TIPS & ULASAN